Connect with us

Oh! Media

“Tersengih Macam Kerang Busuk” – Selamba Halang Kereta Untuk Cop Parking, Warga Singapura Dikecam Netizen

Trending

“Tersengih Macam Kerang Busuk” – Selamba Halang Kereta Untuk Cop Parking, Warga Singapura Dikecam Netizen

Cuti sekolah dah pun tiba dan pastinya ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk membawa anak-anak keluar berjalan-jalan terutamanya di pusat membeli-belah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bagi Dia RM2 Sebab Jaga Parking” – Wanita Ini Dikecam Gara-Gara ‘Cop Parking’

Sudah tentu, keadaan akan menjadi sesak dan menyukarkan ibu bapa untuk mendapatkan tempat letak kereta bila mana ramai orang pastinya akan berpusu-pusu untuk membawa anak-anak mereka bersiar-siar.

Selamba halang kereta untuk cop parking

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam memaparkan seorang individu yang bertindak berdiri sambil menghalang sebuah kenderaan yang ingin keluar dari petak parking di sebuah pusat membeli-belah.

Menerusi video dimuatnaik gamer dikenali sebagai Sya itu, difahamkan kejadian tersebut menimpa adiknya yang ingin masuk ke tempat letak kereta setelah melihat sebuah kenderaan ingin keluar dari parkir tersebut.

Namun dengan secara tiba-tiba datang seorang wanita dengan selamba berdiri sekaligus menghalang kenderaan tersebut daripada keluar kerana ingin menge’cop’ parking.

Perempuan ni boleh turun, pergi cop parking kat kereta yang nak keluar tu sedangkan adik Sya dah tunggu depan kereta tu nak masuk parking.

Bila kereta perempuan tu datang, nak masuk parking tu, dia block kereta adik Sya so that kereta family(agaknyalah) dia boleh masuk.

Tersengih-sengih seperti kerang busuk disitu.

Geram pula tengok gelagat perempuan tu siap tersengih macam kerang busuk. Kalau korang berdepan dengan situasi ni apa korang akan buat?

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas