Connect with us

Oh! Media

Tersebar Video Remaja Perempuan Didakwa Lalok Dan Mengaku Ambil Pil Terlarang

remaja perempuan

Oh! Tidak

Tersebar Video Remaja Perempuan Didakwa Lalok Dan Mengaku Ambil Pil Terlarang

Sedih bila lihat anak muda kita jadi macam ni. Memang betullah perlu banyak lagi drama atau filem macam Mat Kilau tu, sekurang-kurangnya adalah juga semangat. Ini tidak, terpengaruh dengan banyak benda tak baik dekat dunia luar sampai jadi macam ni.

ADVERTISEMENT

Ohmedia sebenarnya sedih bila lihat video yang tersebar dekat TikTok sekarang yang menunjukkan seorang remaja perempuan berada dalam keadaan terhuyung hayang dipercayai lalok.

Video itu dikongsikan oleh @nrathirah_m yang mendakwa remaja tersebut dan seorang lagi teman sedang meminta bantuan adik lelakinya untuk hantar pulang ke rumah.

Adiknya kemudian meminta @nrathirah_m menjemput kakaknya sebelum merakam keadaan mereka.

Aku dengan adik lelaki aku dan anak buah aku tengah buat kerja dekat kedai kakak aku lipat kain. Diorang dua orang. Sorang tak khayal, yang sorang tu call adik aku suruh ambil diorang dekat sebuah rumah hantar diorang balik ke rumah diorang. Jadi adik aku minta tolong aku ambil diorang.

Okey boleh, aku ambil diorang tapi hantar lewat sikit sebab nak settle kerja dekat kedai. Aku pun pergi ambil dari kedai kakak aku, dalam 10 minit sampai dekat diorang dengan syarat tolong aku lipat kain dekat kedai.

@nrathirah_m jadikan pengajaran buat kita untuk lebih ambik thu aktiviti anak anak . #fyp ♬ original sound – ki

Diorang okey dan aku ambil diorang dekat sebuah rumah ada lelaki yang bawa diorang dan tinggal macam tu saja. Sampai dekat kedai, seorang budak jadi macam ni (lalok). Masa ni kami takut sangat tak tahu nak buat apa, sampai adik aku nak letak je budak ni dekat mana-mana.- Kongsinya.

Pengguna TikTok itu turut mendakwa remaja ini sudah semalaman tidak balik rumah. Rata-rata netizen persoal mengapa tak hantar sahaja ke balai polis. @nrathirah_m bagaimanapun menjelaskan mereka tak buat macam tu sebab kesian dengan remaja terbabit.

Pil telarang dalam bahasa Kelantan dipanggil epang

Jadikanlah perkongsian ini sebagai pengajaran kepada kita semua. Jika kita nampak anak muda lakukan aktiviti kurang sihat atau pergaulan bebas, dekatilah mereka dan bimbinglah jika mampu. Takut sangat apa-apa jadi dekat keluarga kita sendiri.

Kredit: TikTok @nrathirah_m

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas