Connect with us

Oh! Tidak

Terpisah 37 Tahun Angkara Nenek, Ibu Bapa Sebak Dapat Jumpa Anak Semula

Disebabkan duit, kadang-kadang manusia boleh bertindak di luar kawalan. Macam satu cerita tentang nenek di China yang sanggup menjual cucunya demi kepentingan diri sendiri.

Tular di media sosial, kisah tentang bayi yang berumur sehari telah diberikan kepada keluarga angkat kerana ibu bapanya dianggap terlalu miskin untuk besarkan anak.

IKLAN

Menurut laporan SCMP, sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Li berkata anak ketiganya telah diserahkan tanpa persetujuan dan hanya mengetahui setelah penyerahan berlaku.

Lebih menyedihkan, si nenek juga turut mengambil sejumlah wang daripada keluarga angkat cucunya.

Akhirnya pencarian 37 tahun buahkan hasil

Katanya, Li dan isteri tak berhenti mencari anak lelakinya untuk 30 tahun dan habiskan masa untuk pergi banyak tempat.

Akhirnya satu sampel darah sepadan dengan seorang lelaki yang tinggal Zaozhuang.

Video pertemuan mereka yang dikongsikan turut meraih perhatian warganet yang rata-ratanya sedih dengan nasib keluarga ini.

Anak, ayah dan ibu kesiankan kamu. Bagaimanakah kehidupan kamu selama ini?

Selepas bepuluh tahun, si nenek akhirnya bersuara tentang perkara ini dan katanya dia terikir pasangan ini akan kesusahan kerana mempunyai 2 lagi anak lelaki yang lain.

Sementara itu, jumlah duit yang diterima oleh nenek tersebut masih menjadi rahsia.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: South China Morning Post


Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas