Connect with us

Oh! Media

Terlanggar Isteri Hingga Maut Ketika Hidupkan Enjin Kereta, Anak Jelaskan Bapa Tak Sengaja

Oh! Tidak

Terlanggar Isteri Hingga Maut Ketika Hidupkan Enjin Kereta, Anak Jelaskan Bapa Tak Sengaja

Pada Sabtu lalu, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang warga emas yang maut dilanggar kereta yang sedang bergerak.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Reda Bayi Digilis Bas, Dedah Cerita Sebenar Tak Nak Ambil Tindakan Terhadap Pemandu

Difahamkan, kereta tersebut bergerak kerana suaminya menghidupkan enjin kenderaan yang dalam keadaan bergear.

Menurut Ketua Polis Kuala Muda Zaidy Che Hassan, mangsa yang berusia 69 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera teruk dalam badan.

Selesai menghadiri kenduri, mereka bersiap untuk pulang ke rumah di Kampung Telok Amboi.

Suami mangsa yang berusia 76 tahun kemudian menghidupkan enjin kereta yang masih dalam keadaan bergear menyebabkan kenderaan terbabit bergerak ke hadapan dan melanggar isterinya.

Ayah tak sengaja

Dalam pada itu, Norliyana Basiron, 29, yang merupakan anak angkat kepada mangsa, Saadiah Saad, 69, menjelaskan bahawa bapanya tidak sengaja melanggar ibu angkatnya itu.

Ayah tak sengaja, dia baru hidupkan enjin tiba-tiba kereta ‘melambung’ dan terlanggar emak

Ayah berulang kali beritahu kami (anak-anak) bahawa dia tidak sengaja. Ayah memaklumkan ketika kejadian dia baru menghidupkan enjin kereta dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengawal kenderaan itu.

Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, kenderaan itu ‘melambung’ dan melanggar emak yang kebetulan berdiri di hadapan.

Tambah Norliyana lagi, bapanya ketika ini masih trauma dan bersedih dengan kejadian di luar jangkaan tersebut.

Semoga roh mangsa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kredit: Harian Metro | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas