Connect with us

Oh! Media

Terkini! Bekas Penyampai Radio, Ismahalil Terlepas Dari Hukuman Mati

bc2eb3b5 669a 4beb ae89 d7a102b116b9

Oh! Tidak

Terkini! Bekas Penyampai Radio, Ismahalil Terlepas Dari Hukuman Mati

Sebelum ini kami ada melaporkan yang penyampai radio terkenal, Ismahalil Hamzah didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram dan boleh dihukum mati jika disabitkan kesalahan.

BACA : Didakwa Edar 374.6 Gram Dadah, Ismahalil Mengaku Tak Bersalah

Terbaru! Menurut laporan Sinar Harian, Ismahalil terlepas dari hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskannya daripada tuduhan itu.

IKLAN

Di akhir kes pembelaan Hakim iaitu Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas Ismahalil berjaya menimbulkan keraguan munasabah.

Pembelaan kes ini diwakili peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zulkarnain Zulkafli manakala pendakwaan pula adalah Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, penyampai radio itu disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas