Connect with us

Oh! Media

Terima Pfizer Sebagai Dos Penggalak, KJ Bakal Umum Suntikan Ketiga Bagi Penerima AZ

pfizer

Trending

Terima Pfizer Sebagai Dos Penggalak, KJ Bakal Umum Suntikan Ketiga Bagi Penerima AZ

Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa penerima vaksin Sinovac yang berkelayakan akan menerima vaksin keluaran Pfizer sebagai dos penggalak.

ADVERTISEMENT

BACA: Penerima Vaksin Sinovac Bakal Dapat Pfizer Sebagai Dos Penggalak

Menerusi laman Sinar Harian, dalam masa terdekat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), akan mengumumkan maklumat mengenai pemberian suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 kepada penerima vaksin AstraZaneca.

Akan mendapat janji temu melalui MySejahtera

pfizer

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, pengumuman berkaitan dengan dos penggalak bagi penerima AstraZeneca itu akan turut membabitkan beberapa pilihan jenis vaksin yang lain.

Sebagai contoh, mereka yang mempunyai alahan dan tidak boleh mengambil mRNA (seperti Pfizer-BioNTech) boleh menerima vaksin Sinovac atau AZ untuk dos penggalak mereka.

Beliau berkata sedemikian kerana ada beberapa pihak yang risau akan kaedah campuran yang diumumkan oleh kerajaan pada minggu lalu.

Katanya juga, penerima tidak perlu memohon untuk penerimaan dos ketiga kerana sesiapa yang layak akan mendapat notifikasi dari aplikasi MySejahtera.

Khairy juga meyakinkan rakyat mengenai penerimaan dos penggalak secara heterologous dengan mengatakan bahawa sebelum ini, beliau merupakan penerima Sinovac, dan telah menerima Pfizer sebagai dos penggalak.

Sebelum saya menghadiri mesyuarat WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), saya telah menerima suntikan penggalak Pfizer.

Jadi saya kini #TeamSSP! Semua selamat, semuanya baik. #LindungDiriLindungSemua

Beliau berkata, walaupun dos penggalak ini tidak diwajib diambil pada ketika ini, namun ianya sangat disyorkan untuk mendapat perlindungan yang optimum.

Bagi sesiapa yang layak dan telah melebihi tiga bulan penerimaan vaksin dos kedua, jangan lupa untuk teruskan perjuangan anda dengan dos penggalak untuk mendapatkan perlindungan yang optimum!

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas