Connect with us

Oh! Media

Terima Mesej Dari Ibu Tunggal, Ingatkan Nak Minta Bantuan Rupanya..

Trending

Terima Mesej Dari Ibu Tunggal, Ingatkan Nak Minta Bantuan Rupanya..

Seperti mana orang lain, usahawan dan Instafamous dari Kelantan, Sha Hasan menggunakan medium media sosial untuk berinteraksi dengan pengikut. Bukan sahaja mempromosikan produk dan memberi tips perniagaan, usahawan ini turut berkongsi aktiviti harian yang sering dilakukannya bersama keluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Terpikat Dengan Kecekalan Ibu Tunggal, Jutawan Rela Tinggalkan Harta Kekayaan Demi Cinta

Mempunyai karakter yang ceria dan ramah, Sha dilihat sering menyakat suami dengan pelbagai ‘prank’ melucukan. Malah, anaknya, Rayyan turut menjadi mangsa.

Walau bagaimanapun, kebahagiaan yang dimiliki keluarga ini telah menarik perhatian seorang ibu tunggal yang menawarkan diri untuk menjadi ‘madu’. Dalam mesej tersebut, ibu tunggal dua anak itu mengaku berasa malu namun keadaan sangat mendesak. Wabak pandemik yang melanda menyebabkan dia hilang sumber pendapatan.

Jelasnya lagi, dia melihat usahawan ini seorang yang baik dan gemar membantu followers di Instagram. Dia sangat bersyukur sekiranya usahawan ini menerima tawaran dan sudi berkongsi kebahagiaan bersamanya. Di kesempatan itu, dia turut meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

ibu tunggal
bermadu
ibu tunggal
ibu tunggal

Di ruangan komen, pengikut turut terkejut membaca luahan ‘berani mati’ individu itu. Mereka menyangka ibu tunggal itu mahu meminta bantuan kewangan atau makanan namun lain pula hajat yang disampaikan. Jangan macam-macam ya!

Kredit: Instagram Shahasan22

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas