Connect with us

Oh! Media

Long Tiger Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Bagi Kes Pemerasan

Trending

Long Tiger Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Bagi Kes Pemerasan

Sebelum ini, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid telah melarikan diri dari daripada tahanan mahkamah pada 15 Disember lepas.

ADVERTISEMENT

BACA : Jadi Tempat Berlindung Long Tiger, Wanita Dedah Suasana Rumah ‘Wanita Jadian’ Sejak 10 Hari Lalu

Dia yang melakukan kesalahan pemerasan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak yang didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

Walaubagaimanapun, Kosmo melaporkan yang Long Tiger diberikan perintah dilepas tanpa dibebas di Mahkamah Majistret yang sama hari ini.

Majistret membuat perintah itu selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan ekoran kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada pertengahan perbicaraan.

Pihak pembelaan masih belum menyelesaikan pemeriksaan terhadap saksi tersebut.

Sewaktu penangkapan Long Tiger dibuat polis Bukit Aman sebelum ini, dia mengalami beberapa kecederaan dipercayai akibat tergelincir dari bumbung rumah ketika cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas