Connect with us

Oh! Media

“Tengoklah Ni, Habis Hitam Sungai Kita”- Juruterbang Rakam Bukti Dari Pesawat, Kilang Jadi Punca Pencemaran

pencemaran

Oh! Tidak

“Tengoklah Ni, Habis Hitam Sungai Kita”- Juruterbang Rakam Bukti Dari Pesawat, Kilang Jadi Punca Pencemaran

Kempen sayangi sungai kita! Adakah kempen seperti ini hanya untuk rakyat biasa? Adakah mereka yang mempunyai kuasa ataupun duit boleh buat sesuka hati? Itulah antara persoalan kami selepas melihat sendiri keadaan sungai yang kita sayang habis kotor disebabkan mereka yang tak bertanggungjawab.

ADVERTISEMENT

Keadaan sungai yang hitam dan tercemar ini dikongsikan sendiri oleh seorang juruterbang di TikTok miliknya. Melihat kepada perkongsiannya itu, punca sungai menjadi hitam adalah hasil dari sisa buangan kilang sekitar kawasan berkenaan.

Entah apa bahan kimia yang kilang tu buang..

@mrturboprop Tengok ni korang….teruk betul pencemaran kepada sungai kita. entah la apa bahan waste kimia tu… Kawasan Port Klang, ada sesiapa cam tempat ni? Nak report kepada badan kerajaan mana eh? #fypシ #portklang #pollutionawareness #pilotview #saveourenvironment ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Video TikTok

Juruterbang yang dikenali dengan nama MrTurboProp di TikTok itu menyatakan lokasi video ini diambil di ruang udara sekitar Port Klang. Dia turut meminta bantuan orang ramai tentang cara bagaimana untuk membuat laporan kepada pihak berwajib.

Tengok ni korang, teruk betul pencemaran kepada sungai kita. Entah la apa bahan waste kimia tu. Kawasan Port Klang, ada sesiapa cam tempat ni? Nak report kepada badan kerajaan mana eh? – Tulisnya.

Respon dari netizen lepas tengok video ni juga sudah pasti berasa marah. Ada juga yang merasakan masalah ini terjadi kerana masalah rasuah dan menyatakan Jabatan Alam Sekitar sepatutnya tahu masalah ini.

sungai klang

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas