Connect with us

Oh! Media

“Telur Dia Masam?” – Kieda Crepe Salahkan Suami Sampai Kena Herpes

Ohmedia kieda Crepe Suami

Oh! Tidak

“Telur Dia Masam?” – Kieda Crepe Salahkan Suami Sampai Kena Herpes

Kieda Crepe dakwa suami jadi punca dia kena herpes. Tapi netizen pula kata, jangan sampai aibkan pasangan sendiri walaupun bergurau.

Usahawan dan influencer terkenal, Kieda Crepe, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas membuat pengakuan berani mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Kieda dilihat mendapatkan rawatan dengan doktor selepas disyaki terkena jangkitan virus Herpes.

“Ini penyakit kelamin kan doktor?”

Kieda, atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra berkata ada biji-biji di bibir yang rasa kebas tapi tidak sakit.

IKLAN

Namun yang membuat netizen tergamam ialah bila Kieda dengan selamba mendakwa jangkitan itu mungkin berpunca daripada suaminya, Hilmi Zaki.

Herpes ke ini? Saya rasa telur dia masam.

Doktor kemudian menjelaskan secara terperinci punca jangkitan dan memberi nasihat bagaimana untuk mengatasi herpes daripada berulang di masa hadapan.

Kata-kata Kieda bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang terhibur, tapi ramai juga rasa kurang senang sebab Kieda seolah-olah mengaibkan suami sendiri di depan umum.

Netizen tegur Kieda kongsi pada umum

Kieda Crepe

Netizen berharap Kieda dapat menjaga air muka suaminya yang disangka tidak menjaga kebersihan alat sulit dengan betul.

Pssttt! Niat mungkin nak bergurau, tapi tak semua orang akan faham konteks kita. Jaga maruah diri dan keluarga, sebab sekali benda tu viral, susah nak tarik balik.

Kredit: Instagram Kieda Crepe
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas