Connect with us

Oh! Media

Tarif Elektrik Kekal Sehingga 31 Disember 2022

Trending

Tarif Elektrik Kekal Sehingga 31 Disember 2022

Berita baik buat semua rakyat di semenanjung Malaysia apabila tiada kenaikan tarif elektrik sehingga 31 Disember 2022 nanti.

ADVERTISEMENT

BACA: Waktu Kerja Berkurang, Hanya 45 Jam Seminggu Bermula 1 September

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, subsidi berjumlah RM5.8 bilion yang sepatutnya dilepaskan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung akan ditampung sepenuhnya oleh pihak kerajaan bagi mengekang kenaikan tarif elektrik tersebut.

Kementerian juga akan terus melaksanakan pelan komunikasi yang komprehensif dan mudah difahami oleh rakyat. Sebagai langkah awal, mulai Julai 2022, jumlah subsidi bil elektrik yang ditampung oleh Kerajaan telah dipaparkan dalam bil elektrik bulanan setiap pengguna supaya rakyat memahami dan menghargai subsidi ditanggung oleh Kerajaan bagi seunit elektrik yang digunakan.

Tamabah Takiyuddin lagi, semakan pelarasan tarif elektrik di bawah Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) yang berikutnya akan dilaksanakan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Untuk info, ketika ini, harga bahan api di pasaran global kekal tinggi berikutan impak peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine pada Max 2022 yang lalu.

Bukan itu sahaja, permintaan bahan api arang batu yang tinggi daripada negara-negara luar juga menyebabkan harga bahan api kekal tinggi.

Justeru, pihak kementerian telah merancang beberapa pelan mitigasi jangka panjang bagi mengatasi krisis tenaga dan kos ICPT yang dijangka meningkat.

Kredit: Berita RTM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas