Connect with us

Oh! Media

“Tanpa Hati Perut Puak-Puak Ni” – Kematian Ibu Jadi ‘Modal’ Antivaksin, Lelaki Ini Report Polis!

Trending

“Tanpa Hati Perut Puak-Puak Ni” – Kematian Ibu Jadi ‘Modal’ Antivaksin, Lelaki Ini Report Polis!

Biadap! Itulah yang dapat digambarkan dengan tindakan kumpulan antivaksin menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kematian seorang wanita di sebuah group Telegram.

ADVERTISEMENT

BACA: KJ Beri Amaran, Golongan Antivaksin Mungkin Diberikan Gelang Hitam Berbelang?

Menerusi perkongsian di laman Facebook, anak lelaki arwah yang dikenali sebagai Mohammad Faeez Harith menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat kumpulan itu.

Jelasnya, punca kematian ibunya adalah daripada tindak balas ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan sebelum prosedur intubasi dan beberapa prosedur lain.

Untuk pengetahun si bahlul ini semua, punca kematian mama adalah daripada tindakbalas dengan ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan kepada Mama sebelum prosedur intubasi dan berberapa prosedur lain pada malam kematian Mama, yang akhirnya mengakibatkan kegagalan jantung.

Katanya lagi, puak-puak tersebut langsung tidak menghubungi waris untuk mendapatkan kepastian mengenai punca kematian dan terus menyebarkan berita palsu.

Woi bodoh-bodoh semua, Mama aku tu sakit lutut sejak sebelum ada Covid lagi! Ini gambar tahun 2018, dah memang aku tolak atas kerusi roda, masa ni vaksin pun belum ada.

Lelaki ini turut memaklumkan ibunya sakit di bahagian lutut sejak 2018 bukannya November seperti yang didakwa. Sebagai anak, dia menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya. Dia juga akan membuat laporan polis.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Mohammad Faeez Harith

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas