Connect with us

Oh! Media

Takut Dimarahi Isteri Sebab Bagi Wanita Lain Pinjam Duit, Lelaki Buat Laporan Palsu Konon Disamun

Ohmedia ateyn Featured Image 100

Oh! Tidak

Takut Dimarahi Isteri Sebab Bagi Wanita Lain Pinjam Duit, Lelaki Buat Laporan Palsu Konon Disamun

Baru-baru ini, tular seorang pengawal keselamatan telah membuat laporan palsu kerana takut dimarahi isteri selepas wang gajinya habis dibelanjakan termasuklah dipinjamkan kepada seorang wanita.

Menerusi laporan Berita Harian, lelaki yang berusia 65 tahun itu telah membuat laporan palsu bahawa dia telah disamun oleh dua orang lelaki Rohingya di Balai Polis Chukai, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata perbuatannya telah terbongkar selepas polis menjalankan siasatan.

IKLAN

Lelaki itu mendakwa mengeluarkan wang di sebuah stesen minyak di Kijal sebelum pulang ke rumahnya di Teluk Kalong.

Dia kemudian memaklumkan kereta dipandunya ditahan seorang lelaki Rohingya yang meminta tolong menghantar rakannya yang terbaring ke klinik sebaik tiba di Jalan Perindustrian Telok Kalong.

Ketika turun dari kenderaan dan pergi melihat lelaki yang terbaring itu, lelaki Rohingya yang menahan keretanya mengacukan pisau di belakang manakala lelaki yang terbaring bangun dan mengacukan parang di perutnya.

Selepas hasil siasatan dijalankan, lelaki tersebut mengaku bahawa kejadian itu tidak pernah berlaku dan dia membuat laporan tersebut kerana takut dimarahi isterinya.

Dia membuat laporan polis kerana terdesak dan takut memberitahu kepada isterinya yang wang gajinya habis digunakan termasuk wang nafkah kepada isterinya.

Lelaki terbabit juga mengaku meminjamkan wang gajinya kepada seorang kenalan wanita yang dikenali sejak tiga tahun lalu.

Difahamkan, lelaki itu juga tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Ohmedia ateyn Featured Image 100

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas