Connect with us

Oh! Media

Tak Sampai Seminggu Kahwin, Suami Keluar Rumah, Rupanya Dah Lafaz Cerai Depan Kawan

Trending

Tak Sampai Seminggu Kahwin, Suami Keluar Rumah, Rupanya Dah Lafaz Cerai Depan Kawan

Tak sampai seminggu berkahwin, pasangan pengantin baru hadir ke mahkamah untuk proses pengesahan penceraian. Menerusi kisah yang dikongsi seorang peguam syarie, si suami dikatakan telah keluar daripada rumah kelamin tanpa memberi penjelasan kepada isteri.

ADVERTISEMENT

BACA: “Agaknya Si Suami Yang Mandul..” – Netizen Kecam Suami Nak Cerai Lepas 7 Tahun Tak Dapat Zuriat

Pasangan ini difahamkan berkenalan di media sosial sebelum mengambil keputusan untuk kahwin. Jodoh tidak panjang, si suami rupa-rupanya sudah melafazkan cerai kepada isteri di hadapan rakannya. Isteri hanya tahu diceraikan selepas menerima notis daripada mahkamah untuk perbicaraan. Ya Allah.

@sarafie.co

Kahwin tak sampai seminggu, diceraikan suami.

♬ Sayang – Haqiem Rusli

Jelas peguam ini, walau apa pun alasan si suami, dia tidak sepatutnya menceraikan isteri dengan cara sebegitu. Isteri hendaklah ‘dipulangkan’ dengan cara baik tambahan pula isteri sendiri tak tahu apa salahnya sehingga diceraikan.

Peguam Syarie ini juga ditanya adalah sah lafaz yang dibuat suami di depan rakan? Ini penjelasannya.

@sarafie.co Reply to @syafiyyah_thoqifah ♬ original sound – sarafie.co

Iyalah, kahwin tak sampai seminggu, masih jauh lagi perjalanan bersama. Si suami hendaklah bijak menangani masalah rumahtangga. Betul tak?

Peguam ini turut menasihati orang ramai supaya tidak bermain-main dengan talak. Semoga dijadikan pengajaran.

Kredit: TikTok Sarafie.co

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas