Isteri mana yang suka hidup berpoligami? Lebih-lebih lagi kalau suami mempunyai tujuan selain daripada mengikut ajaran agama Islam.
Tular di media sosial, dua wanita dikenali sebagai Kak Nad dan Tyrah yang mendedahkan azab dianiaya oleh bekas suami yang juga didakwa sebagai penunggang agama.
IKLAN
Kak Nad juga mendakwa mereka diarahkan untuk tinggal sebumbung selain dipaksa tidur dan mandi bersama atas alasan yang tak masuk akal.
Termasuk kena mandi sekali sebab dia nak tengok kedua-dua isterinya mandi telanjang depan mata. Normal ke?
Kami kena duduk serumah itu satu hal, lepas tu kena tidur pula sekatil. Lepas tu nak disuruh buat hubungan bersama secara bertiga.
Lebih mengejutkan lagi, Tyrah mendakwa lelaki tersebut menyuruhnya untuk bekerja agar dia dapat membeli kereta Mercedes G Wagon buat dirinya.
Kalau awak isteri bersungguh-sungguh mencari duit, pandai buat content dengan jual produk supaya saya dapat beli G Wagon.
Jadinya, saya yang bekerja.
Suami halang buat ibadah, paksa isteri untuk jual diri
Tambahnya, tak cukup dengan permintaan merepek, bekas suami juga didakwa menghalang untuk dia menunaikan solat fardhu dan juga menuduhnya ada penyakit HIV.
Dia kata “Tak payah sembahyang la. Awak tu pelacur”.
Suami sendiri sanggup berkata seperti itu kepada saya. Kemudian saya tetap berkeras nak pergi.
Disebabkan berang, si suami dikatakan menarik dan menyepak punggung Kak Nad sebelum diheret ke depan pintu serta dihalau keluar.
Lagi mengarut, dia didakwa menyuruh isteri-isterinya untuk menjual diri semata-mata untuk membayar hutang ceti haramnya yang membabitkan puluhan ribu ringgit.
Lelaki itu juga didakwa menciplak produk milik Tyrah dan masih tidak mahu memadam video kolaborasi antara mereka walaupun sudah bercerai.
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook… Rujukan kami: TikTok