Connect with us

Oh! Media

Tak Nak Mengalah Lepas Salah Masuk Jalan, Tindakan Pemandu Viva Dikecam Ramai

Trending

Tak Nak Mengalah Lepas Salah Masuk Jalan, Tindakan Pemandu Viva Dikecam Ramai

Hampir setiap hari, terdapat banyak insiden melibatkan segelintir masyarakat yang enggan mematuhi peraturan jalan raya sehingga bertindak mementingkan diri sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Alasan Pemandu Viva Selepas Memandu Lawan Arus Di Johor

Hal itu termasuklah kesalahan menggunakan jalan yang pada asalnya hanyalah untuk laluan sehala, namun disebabkan ingin mendapatkan ‘jalan cepat’, mereka sanggup mengabaikan peraturan.

Pemandu Viva enggan mengalah selepas ikut laluan salah

Namun, kejadian sama melibatkan laluan sehala turut terjadi kepada seorang pemandu apabila laluannya dihalang oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Viva.

Menerusi perkongsian video yang dirakam melalui dashcam di laman Twitter, kejadian dikatakan berlaku di laluan keluar pasar raya Tesco di Stesen 18, Ipoh.

Berdasarkan video yang tular itu, pemilik dashcam tersebut dalam perjalanan keluar dari pasar raya berkenaan yang dilihat merupakan laluan sehala.

Ketika itu, kelihatan sebuah kenderaan Perodua Myvi terlebih dahulu menggunakan laluan yang salah sebelum meluru laju untuk memasuki pasar raya tersebut.

Kemudian, perjalanan keluarnya secara tiba-tiba dihalang oleh sebuah Perodua Viva yang dilihat turut mahu menggunakan arah yang berlawanan serta tidak mahu mengalah atas kesilapannya.

Lebih membingungkan, pemandu Viva itu hanya berdiam diri sahaja seakan-akan ingin diberi laluan sehingga memaksa pemilik dashcam tersebut keluar dari kenderaannya.

Kelihatan individu lelaki tersebut memberikan arahan supaya menggunakan arah yang betul yang mana semua pengguna perlu membelok kiri untuk mendapatkan parkir.

Selepas terpaksa mengalah, pemandu Viva tersebut akhirnya mengundurkan kenderaannya untuk memasuki arah yang betul sebelum bertindak berhenti dan memaki hamun pemilik dashcam tersebut.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemandu Viva tersebut memasuki arah yang salah serta memaki hamun pengguna jalan yang lain.

Setakat ini, perkongsiannya itu telah mencapai lebih dari 54,000 jumlah tontonan serta mendapat 1,675 tweet semula.

Kredit: Twitter MyWatch

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas