Connect with us

Oh! Media

“Tak Hadaplah Nak Tengok Miss V” – Doktor Jawab Isu Suami Dayus Benarkan Doktor Lelaki Sambut Anak

Trending

“Tak Hadaplah Nak Tengok Miss V” – Doktor Jawab Isu Suami Dayus Benarkan Doktor Lelaki Sambut Anak

Semalam tular satu video memaparkan seorang ustazah yang memberikan pandangannya terhadap suami yang membenarkan doktor lelaki untuk melihat aurat isteri ketika mahu bersalin.

ADVERTISEMENT

BACA: Ustazah Label Suami Dayus Sebab Biarkan Doktor Lelaki Tengok Aurat Bawah Isteri Ketika Bersalin

Menerusi live yang dibuatnya itu, ustazah itu melabelkan para suami yang membenarkan doktor lelaki untuk menyambut anak mereka ketika isteri mahu bersalin sebagai suami yang dayus.

@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin

Ustazah yang dikenali sebagai Siti Afifah itu juga mencadangkan untuk para suami mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan sepanjang isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang membolehkan mereka untuk memilih doktor wanita sebagai bidan untuk menyambut anak mereka.

Kenyataan ustazah itu mendapat respon yang pelbagai daripada warganet yang rata-ratanya tidak bersetuju kerana dianggap telah mengguriskan hati mereka yang tidak berkemampuan.

Doktor mula bersuara

Terbaru, seorang doktor tampil menyuarakan pendapatnya yang ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan ustazah tersebut.

TikTok: Dr Sandra Raman

Menurut doktor yang dikenali sebagai Sandra itu, dia tidak bersetuju dengan gaya penyampaian yang digunakan ustazah tersebut yang langsung tidak memikirkan hati dan perasaan para penontonnya.

Awak (ustazah) sedar tak, duit ni sangat-sangat susah kita nak kumpulkan tau. Cara you cakap tu, kumpulkan lah duit, lahirkan lah kat swasta supaya (ibu-ibu) boleh request doktor perempuan.

It’s not that easy. Duit yang beribu-ribu yang dikumpulkan hanya untuk melahirkan anak dengan doktor perempuan tu boleh digunakan untuk masa depan.

Dr Sandra juga mendedahkan bahawa para doktor lelaki tidak hadap untuk melihat kemaluan wanita yang bersalin kerana hanya memikirkan mengenai kecemasan yang perlu mereka selesaikan dengan kadar segera.

Doktor lelaki tak hadaplah nak tengok Miss V seorang wanita yang melahirkan anak, dengan penuh darahnya, dengan koyaknya, dengan penuh najis yang keluar dengan segala macam. You ingat depa (doktor) hadap ke nak tengok?

Buatlah planning macam mana pun, even you ada duit pun, you nak pergi deliver dekat hospital swasta. (Andai kata) hari yang you pergi tiba-tiba ada emergency, (katakan) doktor perempuan tengah bercuti dan yang on call nya doktor lelaki, you nak buat apa?

Di akhir video, Dr Sandra sekali lagi menegaskan bahawa meskipun kita sudah membuat perancangan yang terperinci ketika mahu bersalin nanti namun, setiap apa yang terjadi semuanya terletak pada kuasa Yang Maha Esa.

Kredit: TikTok Siti Afifah | TikTok Dr Sandra Raman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas