Connect with us

Oh! Media

“Tak Faham Kenapa Orang Lain Boleh, Tapi Saya Tak Boleh?” – Najib Razak

najib razak

Trending

“Tak Faham Kenapa Orang Lain Boleh, Tapi Saya Tak Boleh?” – Najib Razak

Kunjungan bekas Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam Selasa lalu telah mendapat ‘kecaman’ daripada sesetengah pihak.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kos Kurang Dari RM1, Kenapa Nak Jual RM35?” – Najib Razak Pertikai Harga RFID

Menerusi hantaran Facebook Najib, beliau mempersoalkan dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan cara pemakaiannya di Batu Caves.

Pemimpin lain pun lakukan hal yang sama

Najib Razak mempersoalkan dakwaan dan kecaman yang diterimanya berkaitan dengan propaganda sentimen agama berhubung dengan pakaiannya semasa kunjungan di Batu Caves.

Menurutnya, pemimpin lain juga ada melakukan perkara yang sama, tapi kenapa dia tak boleh?

Saya difahamkan bahawa sedang ada usaha dari pihak sebelah sana untuk kecam saya dengan propaganda sentimen agama berhubung pakaian saya semasa kunjungan ke sambutan Thaipusam di Batu Caves dua hari lalu.

Tapi saya tak faham kenapa orang lain boleh tapi Najib tak boleh pulak.

Muslim tak seharusnya sambut perayaan agama lain

Kalau ada yang belum tahu, menerusi laporan Utusan, Jawatankuasa Fatwa Perlis ada mengingatkan orang ramai tentang seseorang Muslim perlu mengehadkan diri dalam penglibatan sambutan agama lain.

Menurut Kamilin Jamilin, seseorang Muslim tidak sepatutnya menyambut perayaan agama lain atau melakukan upacara yang nampak seperti ‘meraikan’ hari simbolik agama tersebut.

Begitu juga tidak seharusnya seorang Muslim menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syiar atau pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka.

Wallahualam. Semoga kita sentiasa rujuk yang pakar untuk melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama okay!

Kredit: Utusan | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas