Connect with us

Oh! Media

Tak Dapat RM2, Anak Sanggup Tumbuk Ayah Sampai Patah Gigi

Trending

Tak Dapat RM2, Anak Sanggup Tumbuk Ayah Sampai Patah Gigi

Umum mengetahui, sejak musim pandemik ini melanda, masyarakat rata-ratanya dari golongan B40 dilihat terjejas dari segi pendapatan harian untuk menyara keluarga.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Tumbuk Dan Pecahkan Pintu Masjid? Esoknya Ditemui Meninggal Dunia

Ketua keluarga yang merupakan seorang ayahlah yang akan berkorban masa dan nyawa untuk mencari rezeki demi ‘menyuapkan nasi’ kepada ahli keluarga.

Namun, sejak akhir-akhir ini, terdapat kejadian yang mana anak sanggup menunjukkan sikap kurang ajar terhadap orang tuanya oleh kerana permintaanya tidak ditunaikan.

Tumbuk ayah sampai patah gigi

Terbaharu, kejadian yang sama turut berlaku apabila seorang anak yang sanggup mencederakan ayah kandungnya sendiri oleh kerana permintaannya tidak dicapai.

Menurut Sinar Harian, individu lelaki itu dipercayai telah menumbuk ayahnya sendiri sehingga patah gigi hanya kerana permintaanya untuk mendapatkan RM2 ditolak.

Kejadian dikatakan berlaku di Kampung Belukar Jambu, Chendering, di Kuala Terengganu kira-kira jam 8 pagi pada Rabu lalu

Berdasarkan sumber, lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan ada meminta RM2 daripada mangsa yang berusia 50-an dengan alasan hendak mengisi minyak motosikal.

Mangsa enggan menunaikan permintaan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap biadab suspek terhadapnya sebelum ini yang tergamak memarahinya hanya disebabkan dia menegur mengenai tong gas.

Oleh kerana bapanya enggan melayan permintaannya, suspek bertindak menumbuk bibir mangsa sehingga patah sebatang gigi.

Bagaimanapun, menurut sumber, bapanya yang kecewa akan tindakan biadap anaknya nekad membuat laporan polis untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pihaknya ada menerima laporan kejadian yang dibuat di Balai Polis Chendering.

Jelasnya lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas