Trending
“Tak Boleh Tengok..Teringat Anak” – Netizen Sebak Tengok Kanak-Kanak Jatuh Semasa Lintas Jambatan Sungai
Tular sebuah video di media sosial, seorang kanak-kanak berpakaian uniform sekolah telah jatuh ke dalam sungai kerana terlepas dari kendongan ibunya semasa menyeberangi jambatan sungai.
BACA: Remaja Maut, Tergelincir Ke Dalam Sungai Ketika Beraya Bersama Keluarga
Video yang dimuat naik di Twitter Yaniemnsor telah menimbulkan tanda tanya bagi orang ramai akan ‘jambatan’ yang digunakan oleh ibu kanak-kanak tersebut.
Jambatan itu kelihatan seperti ‘tak siap’ dan wanita yang mengendong anaknya itu telah terjatuh semasa melintasi sungai tersebut.
Tempat kejadian masih belum diketahui, tetapi ada yang kata kejadian itu berlaku di Sabah.
Netizen mempersoalkan kenapa kerajaan tidak menyediakan jambatan yang sempurna buat penduduk kerana jelas sekali keadaan jambatan yang teruk itu boleh membahayakan nyawa rakyat.
Betulke kejadian di Sabah 😱? Jika benar, memang pengundi yg patut bertanggungjawab atas undi yg korang berikan…natijahnya rakyat terus derita… kesian adik tu jatuh 😰😰 #janganundiBN #TolakBN pic.twitter.com/SJrYFMA3jm
— einay (@yaniemnsor) June 27, 2022
Korang boleh tengok sendiri, budak kecil itu bukan je terus terjatuh, tetapi badannya terhantuk kayu dahulu. Allahu..
Ya. What to do. Been complaining for 4 years and half BUT during elections 🤑💰 spin 380° especially in rural areas. That’s why they never want to develop Sabah for that purpose. As a Sabahan, I’m very sad to see this. Leadership need to be changed.
— Albert Adrian (@autumn5517) June 27, 2022
Kata menteri, jangan letak budak atas bahu, nanti tergelincir jatuh.
— Anuah. (@nyuak52) June 27, 2022
Inilah realiti penduduk di pedalaman Sabah. Kesian dipermainkan selama 60 tahun. Bangkitlah orang Sabah! https://t.co/uRqjLyKkcV
— Amos Thien 🇲🇾🏴 (@AmosThien) June 28, 2022
This. This is why we need to demand more of leaders. Hold them accountable https://t.co/S6ewxk5wYu
— Krista Goon (@krista_redbox) June 28, 2022
Kredit: Yaniemnsor
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
