Connect with us

Oh! Media

Syak Suami Mahu Nikah Satu Lagi, Isteri Nekad Potong Kemaluan Suami Dengan Pisau Ketika Tidur

Oh! Tidak

Syak Suami Mahu Nikah Satu Lagi, Isteri Nekad Potong Kemaluan Suami Dengan Pisau Ketika Tidur

Seorang lelaki di Jawa Barat, Indonesia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas isterinya bertindak memotong kemaluannya dengan menggunakan gunting ketika tidur selepas mendakwa dirinya akan berkahwin satu lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Kecam Suami Tekad Teruskan Kahwin Dua Walaupun Tahu Isteri Sedih

Memetik laporan daripada Suara.com, pertengkaran tersebut berlaku adalah kerana si isteri berasa berang dan cemburu selepas si suami dikatakan curang serta berhasrat untuk menikah satu lagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang iaitu Kompol Mustakim, suspek bertindak menarik seluar pendek yang dipakai mangsa ketika sedang tidur lalu memotong kemaluan mangsa dengan menggunakan sebilah pisau.

Mangsa kemudiannya telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas berjaya melarikan diri meminta pertolongan.

Dalam pada itu, suspek mengaku bertindak sedemikian selepas mengesyaki suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas membaca kandungan mesej di telefon bimbit suaminya itu.

Kredit: Suara.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas