Connect with us

Oh! Media

Suspek Tidur Bertemankan Mayat Dibawah Katil Sejak Isnin

Trending

Suspek Tidur Bertemankan Mayat Dibawah Katil Sejak Isnin

Semalam, kecoh di media sosial mengenai seorang pembuat kuih warga Indonesia yang dikatakan tergamak membunuh rakan senegaranya dengan cara menghentakkan kepala mangsa ke lantai sehingga mati sebelum mayat mangsa disorokkan di bawah katil demi mahu melangsaikan hutang dalam satu kejadian di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, Isnin lepas. 

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Resah Isteri Hilang, Rupanya Disorok Bawah Katil Jiran

Ekoran dari kes pembunuhan itu, pihak polis telah menyifatkan suspek merupakan seorang yang kejam dan berhati kering. Ini kerana, dia juga telah sanggup untuk tidur bersama suaminya dengan bertemankan mayat mangsa yang disembunyikan di bawah katil di bilik tidur mereka, sejak Isnin lepas.

Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman, selaku Ketua Polis Daerah Subang Jaya berkata, suspek juga telah mengaku bahawa dia tidur di atas katil yang menjadi tempat dia menyorokkan mayat mangsa.

Pasangan itu tidur di atas katil, di bawah katil itu ada mayat mangsa yang disorokkan. Suspek dilihat betul-betul berhati kering dan mempunyai dendam yang mendalam terhadap mangsa.

Bagaimanapun setakat ini kita masih menyiasat sama ada suami suspek yang berusia awal 40 an itu sudah tahu atau tidak kewujudan mayat tersebut di bawah katil berkenaan. – Katanya kepada wartawan Kosmo.

Jelasnya lagi, setakat ini polis juga ada mendapat maklumat yang suspek berkemungkinan meminjam wang daripada pihak lain dan dia mungkin telah dipaksa pihak tersebut untuk segera menjelaskan hutangnya.

Sama ada dia pinjam ah long atau rakan-rakan, itu kita masih siasat. Suspek memang dalam keadaan terdesak nak pakai duit untuk jelaskan hutang. – Jelas Abd. Khalid.

Katanya lagi, selain suspek, suami kepada suspek iaitu seorang warga tempatan juga turut ditahan untuk membantu siasatan.

Pasangan suami isteri itu direman selama enam hari bermula hari ini hingga 15 Mac ini.

Kredit: Kosmo

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas