Connect with us

Oh! Media

Suami Resah Isteri Hilang, Rupanya Disorok Bawah Katil Jiran

Oh! Tidak

Suami Resah Isteri Hilang, Rupanya Disorok Bawah Katil Jiran

Satu kes pembunuhan seorang wanita warga Indonesia telah terbongkar sebaik saja suami kepada wanita itu membuat laporan tentang kehilangan isterinya sejak semalam.

ADVERTISEMENT

Siasatan juga dikatakan telah dijalankan sejurus selepas pihak polis menerima laporan daripada lelaki itu.

Lebih menyedihkan apabila suspek yang juga merupakan seorang wanita warga Indonesia, tergamak dan sanggup membunuh jirannya sendiri (mangsa) hanya kerana ingin melangsaikan hutang.

Siasatan polis juga mendapati suspek telah menyorok mayat mangsa di bawah katil di dalam rumahnya di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suami mangsa, warga tempatan berusia 47 tahun pada mulanya telah pulang ke rumah kira-kira pada jam 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci.

Dia mendapati isterinya yang berusia 54 tahun tiada namun barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya masih ada di dalam rumah.

Selepas gagal mencari isterinya, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis UJS 8 pada jam 12.01 tengah malam (semalam). – Katanya.

Abd Khalid berkata, kali terakhir lelaki itu bertemu dan berhubung dengan isterinya adalah pada kira-kira jam 1.20 petang dan jam 3.45 petang, kelmarin.

Semasa diambil keterangan, suami mangsa mengesyaki kehilangan isterinya ada kaitan dengan jiran mereka yang rumahnya terletak hanya kira-kira 10 meter.

Ini kerana dia ada mendengar cerita mengatakan jirannya (suspek) ada menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang dan mengetahui wanita berkenaan ada masalah kewangan serta hutang. – Katanya.

Susulan itu, wanita berusia 39 itu turut dipanggil ke Balai Polis USJ 8 pada jam 3 petang, semalam untuk disoal siasat dan selepas hampir tiga jam, dia akhirnya mengaku ada membunuh mangsa di dalam rumahnya.

Kira-kira jam 8 malam tadi, suspek dibawa ke rumahnya oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan menunjukkan mayat mangsa yang diselubung dengan selimut disorok di bawah katil.

Suspek mendakwa ada menelefon mangsa memintanya datang ke rumah dengan alasan tangannya cedera dan mahu mangsa membantu menjaga dua anaknya yang berusia setahun dan tiga bulan, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Suspek mendakwa dia telah menghentak belakang badan mangsa dengan tangan sehingga terjatuh sebelum menghentak kepala mangsa ke lantai. – Katanya yang turut memaklumkan suspek juga bekerja sebagai pembuat kuih di gerai mangsa.

Menurutnya, motif pembunuhan ini dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh wanita itu dan suspek juga dikatakan terdesak mahu membayar hutangnya yang berjumlah kira-kira RM5,000.

Mangsa memakai banyak barang kemas dan mungkin ia mendorong suspek membunuh mangsa bagi mendapatkan barang kemas terbabit dan menggadainya untuk melangsaikan hutang.

Buat masa ini, kita masih mengesan barang kemas terdiri daripada rantai leher dan gelang yang dikatakan sudah digadai suspek dan tidak dapat dipastikan jumlahnya. – Katanya.

Abd Khalid berkata, ketika kejadian suami kepada suspek, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun, bekerja sebagai kru produksi tiada di rumah namun lelaki itu turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

BACA: Suspek Tidur Bertemankan Mayat Dibawah Katil Sejak Isnin

Kedua-dua suspek pula akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam pagi ini, untuk permohonan reman.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas