Connect with us

Oh! Media

Suspek Lelaki Mati Mengejut Dalam Tahanan Polis

Trending

Suspek Lelaki Mati Mengejut Dalam Tahanan Polis

Seorang suspek lelaki warga tempatan dilaporkan mati mengejut ketika dalam tahanan di Lokap Berpusat Shah Alam.

ADVERTISEMENT

BACA: Cuba Lari Dari Pusat Pemulihan, Pelatih Meninggal Dunia Dibelasah Warden?

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asisten Komisioner Skandaguru Anandan yang memaklumkan bahawa lelaki yang berusia 33 tahun itu merupakan suspek yang ditahan sejak 29 Julai lalu.

Dia ditahan sementara siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985.

Pada 4.59 pagi tadi, suspek berkenaan ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri. Pihak hospital telah dihubungi bagi tujuan rawatan awal dan kira-kira 5.20 pagi, pegawai perubatan dari Hospital Shah Alam telah mengesahkan kematiannya.

Suspek kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas