Connect with us

Oh! Media

“Sudah Viral Baru Dibaiki”- Netizen Simpati Lihat Wanita OKU Terpaksa Diangkat Turun Tangga Kerana Lift Rosak

wanita oku

Trending

“Sudah Viral Baru Dibaiki”- Netizen Simpati Lihat Wanita OKU Terpaksa Diangkat Turun Tangga Kerana Lift Rosak

Viral di Twitter satu hantaran seorang pengguna yang luahkan rasa kecewa tentang seorang wanita berkerusi roda terpaksa berdepan situasi sukar gara-gara kemudahan lift yang tidak berfungsi.

ADVERTISEMENT

Wanita itu dilihat terpaksa meminta pertolongan polis bantuan untuk turun menggunakan tangga daripada stesen. Kejadian ini dipercayai berlaku di KTM Seremban.

Anggota polis bantuan kemudian telah mengangkat wanita berkerusi roda itu untuk turun daripada tangga dengan berhati-hati.

Terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau tak ada dorang memang melopong jela.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 3.6K ciap semula, 3.5K tanda suka, dan 170 balas di laman Twitter.

Susulan kejadian itu, pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah turun ke lokasi berkenaan untuk membaiki lift dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas