Connect with us

Oh! Media

Subsidi Ditarik Tapi Gaji Menteri Tetap Naik, Apa Kata Netizen?

Oh! Tidak

Subsidi Ditarik Tapi Gaji Menteri Tetap Naik, Apa Kata Netizen?

Seperti yang kita tahu, subsidi barangan makanan seperti telur ayam dan minyak masak ditarik semula kerajaan berkuatkuasa 1 Julai yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Krisis Ekonomi? Menteri Sabah Terima Kenaikan Gaji

Bukan itu sahaja, ketika negara dilanda krisis ekonomi, barisan menteri di Sabah pula dikhabarkan bakal menerima kenaikan gaji selepas satu usul dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diluluskan.

Subsidi elektrik pula bakal ditarik

Dalam pada itu, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula berkata berkemungkinan subsidi elektrik tidak akan diberikan lagi pada masa depan.

Tetapi subsidi tidak akan selama-lamanya. Mungkin pada masa akan datang subsidi tidak akan diberikan.

Beliau yang membentangkan isu ini di Dewan Rakyat semalam, turut berharap agar rakyat berjimat dalam menggunakan elektrik bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah bekalan eletrik pada masa akan datang.

Yang dibuat ini adalah untuk menyedarkan rakyat Malaysia betapa besarnya subsidi yang diberikan oleh Kerajaan kita kepada rakyat dan dengan ini kita mengharapkan rakyat mengamalkan sikap jimatkan tenaga elektrik.

Rakyat mula tertekan

Terbaru, seorang lelaki yang terkejut dengan pengumuman itu, memuat naik satu ciapan menerusi Twitternya.

Menerusi ciapannya itu, dia seakan berang dengan tindakan kerajaan yang dianggap tidak menjaga kebajikan rakyat.

Dia turut mempersoalkan kenaikan gaji menteri disaat rakyat perlu menghadapi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang.

Respon netizen

Perkongsiannya itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka turut bersetuju dengan kenyataan dibuat wanita ini dan mempersoalkan tindakan menteri yang mula menarik subsidi diberikan kepada rakyat satu per satu.

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah gambaran paling sesuai yang rakyat sedang hadapi ketika ini. Apa yang boleh kita buat ialah, rancang balik kewangan kita sebagai persiapan kepada inflasi yang akan datang.

Kredit: Twitter Awani | Twitter zarifshh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas