Connect with us

Oh! Media

“Hari-Hari VC Dengan Pakwe Medan” – Suami Sibuk Kerja, Isteri Di Rumah Pasang Skandal Alam Maya

Ohmedia isteri

Oh! Tidak

“Hari-Hari VC Dengan Pakwe Medan” – Suami Sibuk Kerja, Isteri Di Rumah Pasang Skandal Alam Maya

Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa di X selepas mendapati isterinya menjalinkan hubungan cinta secara online dengan lelaki Medan

Baru-baru ini, seorang pengguna X mencuri perhatian ramai apabila dia tampil mendedahkan kisah rumah tangganya yang retak akibat ‘cinta online’ isteri sendiri.

Lebih menyedihkan, perkahwinan yang sudah dibina selama tiga tahun itu dikatakan musnah hanya kerana hubungan online isterinya bersama seorang lelaki dari Medan, Indonesia.

“Aku kerja 10-6, bini vc hari-hari main game dengan pakwe”

Skandal

Dalam satu hantaran panjang, lelaki ini menceritakan kronologi bagaimana hubungan sulit itu terjadi.

IKLAN

Katanya, isterinya tidak bekerja dan kerap berhubung dengan lelaki tersebut setiap hari menerusi panggilan video (VC) dan main game online bersama.

Diorang kenal dari Twitter, banyak main space. Curhat punya curhat sampai jatuh hati. Tamat. Bucin.

Situasi itu lebih menyakitkan apabila dia mendedahkan dia merupakan ‘provider’ utama dalam rumah tangga mereka.

Dia bekerja dari pagi hingga petang, manakala si isteri pula ‘asyik’ berfantasi dengan hubungan di alam maya.

RM500K dihabiskan sejak 2022

Skandal Indo
Nah ayat pakwe dia time aku confront Bini aku marah wei time tu sebab kacau relationship

Lebih mengejutkan, dia turut mendakwa telah menghabiskan hampir RM500,000 sepanjang perkahwinan mereka termasuk kos perkahwinan, percutian dan perbelanjaan lain sejak tahun 2022.

Kalau lah masuk Bitcoin atau Solana, takdelah rugi seteruk ni.

Bahkan dia mengakui agak kelakar apabila isteri yang pernah menggunakan akaun pasangan untuk spam kata sayang ketika perkahwinan dulu, kini sudah ‘beralih’ ke lelaki lain yang dikatakan berwajah tampan dan berasal dari keturunan berada.

Aku ni keje bese je weei.

Netizen simpati dan beri kata semangat

Isteri Curang

Perkongsian Yusuf mendapat ribuan komen dari netizen yang rata-ratanya bersimpati dan memberi kata-kata semangat agar beliau terus kuat menghadapi ujian ini.

Ramai juga berkongsi pengalaman hampir sama dan mengakui betapa mudahnya hubungan curang berlaku dalam dunia digital masa kini.

Pssttt! Aduhai, banyak pula kes isteri curang sekarang ni ye. Semoga bro ni tabah!

Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas