Connect with us

Oh! Media

Suami Pemandu SUV Terkilan, Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa Maut Kemalangan UiTM

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Tidak

Suami Pemandu SUV Terkilan, Mohon Maaf Kepada Keluarga Mangsa Maut Kemalangan UiTM

Suami kepada pemandu wanita yang tidak siuman dan merempuh mati pelajar UiTM Dungun dilaporkan hanya mampu menangis dan memohon maaf kepada keluarga mangsa terlibat.

Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit.- Kata Azhar Ahmad, 53.

Azhar menjelaskan, niatnya mahu berjumpa keluarga mangsa sejak awal tetapi terpaksa ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa.

Isterinya, yang berusia 49 tahun, mengalami masalah kesihatan dan gangguan mental sejak 10 tahun lalu selepas mengalami komplikasi ketika hamil.

IKLAN

Selepas keluar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi. Saya dah cuba pelbagai rawatan, termasuk tradisional tetapi semuanya tidak berjaya.- Katanya.

Azhar juga berkongsi, walaupun isterinya ada masalah kesihatan, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu yang penyayang.

Ketika kejadian, Azhar sedang menunaikan solat maghrib dan isyak. Dia terkejut mendapati isterinya tiada di rumah, bersama kereta yang dipandunya.

Dia tak pernah keluar waktu malam tanpa saya atau anak-anak.- Ujarnya.

Saya sangat kesal dengan kejadian ini. Saya dah sorok kunci kereta, tapi perkara ini tetap berlaku.- Katanta lagi.

Dalam pada itu, Azhar turut berharap dapat bertemu keluarga mangsa dengan bantuan pihak UiTM untuk memohon maaf.

Azhar yang tiba di lokasi kemalangan terkejut melihat keadaan tragis. Dia cuba mencari keluarga mangsa namun diarahkan pihak polis untuk ke balai bagi diambil keterangan.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas