Connect with us

Oh! Media

“Purata Pengguna Katil, ICU Dan Kes Kematian Menurun” – KJ

Khairy Jamaluddin

Trending

“Purata Pengguna Katil, ICU Dan Kes Kematian Menurun” – KJ

Pengguna katil di hospital hari ini adalah sebanyak 10,321 dan jumlah itu semakin menurun berbanding pada 23 Ogos lalu iaitu sebanyak 14,942. Terbaik!

ADVERTISEMENT

BACA : “Jangan Abaikan SOP, Termasuk Individu Lengkap Vaksin” – KJ

Menurut laporan Kosmo, jumlah keperluan rawatan rapi (ICU) hari ini pula sebanyak 1,114 kes dan blingan itu juga menurun kalau nak dibandingkan dengan 1,542 kes pada 23 Ogos lepas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga mengatakan bahawa purata kes kematian juga menurun yang kini mencatatkan 106 kes berbanding pada bulan Ogos dengan purata 251 kes.

Berdasarkan kes aktif semasa yang dicatatkan pula, 83 peratus daripadanya keseluruhan kes daripada kategori 1 dan 2 yang hanya memerlukan kuarantin di rumah, 10.7 peratus kes yang dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC), kemasukan ke hospital (5.1 peratus) manakala kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan dan rawatan rapi sebanyak 0.5 peratus.

Terbaiklah! Diharapkan bilangan-bilangan kes wabak ini terus menurun dari semasa ke semasa. Korang jangan lupa untuk mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan ya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas