Connect with us

Oh! Media

Suami Kerja Syif Malam, Isteri Ditangkap Khalwat Dengan Kawan Baik Suami Sendiri

Isteri berkhalwat dengan kawan baik suami sendiri

Oh! Tidak

Suami Kerja Syif Malam, Isteri Ditangkap Khalwat Dengan Kawan Baik Suami Sendiri

Terdapat satu kejadian dimana seorang wanita yang mempunyai suami ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di Semabok, Melaka pada awal pagi semalam ketika suaminya keluar mencari rezeki. Allahu..

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, wanita berusia 29 tahun itu dicekup berkhalwat bersama seorang lelaki yang merupakan kawan baik suaminya berusia 61 tahun pada jam 1.05 pagi dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat.

Wanita tersebut mengaku bahawa suaminya yang berusia 38 tahun tiada di rumah dan pergi bekerja sebagai pengawal keselamatan ketika ditanya penguatkuasa yang bertugas.

Kawan baik suami dah 6 bulan duduk situ

Lelaki itu dikatakan sudah 6 bulan tinggal di rumahnya selepas mendapat kerja di syarikat yang sama suami wanita berkenaan sedang bekerja. Walau tiada apa-apa yang berlaku, kalau ikut hukum duduk serumah yang bukan mahram tetap salah!

Pasangan warga tempatan itu ditahan bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman hingga mendatangkan syak.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Selain itu kami kongsikan satu lagi kisah mengenai hancurnya hati seorang isteri apabila mendapat tahu suami bermain kayu tiga di belakangnya.

BACA : Suami Kantoi ‘Makan Luar’ Lepas Isteri Jumpa Kondom Dalam Poket Balik Outstation Di Kedah

Isteri menjumpai satu pek kondom yang sudah dipakai membuatkan hatinya berkecai. Difahamkan dia tak dapat ikut suami ke Kedah kerana mencari kerja di Career Fair KLCC. Allahu..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas