Connect with us

Oh! Media

Suami Isteri Ditangkap Polis Sebab Bangga ‘Makan Angin’ Walaupun Belum Vaksin

anti vaksin

Trending

Suami Isteri Ditangkap Polis Sebab Bangga ‘Makan Angin’ Walaupun Belum Vaksin

Umum sedia maklum yang kini pihak kerajaan telah memberikan sedikit kelonggaran kepada mereka yang telah lengkap menerima suntikan vaksin. Tapi, malangnya ada pihak yang tidak bertanggungjawab melanggar segala SOP yang ditetapkan, apatah lagi mereka belum menerima sebarang vaksin.

ADVERTISEMENT

BACA: Individu Anti-Vaksin Cuba Takutkan Orang Dengan Fakta Tak Masuk Akal Boleh Didakwa

Baru-baru ini tersebar satu posting seorang wanita dengan bangganya berkongsi di Facebook menunjukkan mereka sekeluarga bebas keluar masuk premis perniagaan walaupun tidak menerima sebarang suntikan vaksin. Wanita itu turut menceritakan secara terperinci bagaimana mereka bebas masuk ke tempat-tempat tumpuan tanpa dua dos vaksin.

Bangga suami lepas masuk gunting rambut!

Wanita itu turut dengan bangga menceritakan suaminya membuat social experiment ke atas tiga buah kedai gunting rambut. Dua buah kedai gunting rambut menghalau suaminya dan sebuah kedai menerima suaminya tanpa memeriksa certificate vaksin.

Bangga? Pihak polis dah berjaya kesan dan tahan pasangan suami isteri ini

Bagaimanapun, Kosmo ada melaporkan pihak polis telah berjaya mengesan dan menahan pasangan suami isteri ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan penangkapan dilakukan pada jam 5 petang semalam di rumah mereka di Bandar Putera 2.

Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam. Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis.

Kes seperti ini boleh disiasat mengikut Seksyen 269 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan selain Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Diharapkan agar janganlah wujud manusia seperti ini yang cuba mencabar undang-undang yang ditetapkan dan akhirnya hanya membahayakan orang sekeliling. #KitaJagaKita

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas