Connect with us

Oh! Media

Individu Anti-Vaksin Cuba Takutkan Orang Dengan Fakta Tak Masuk Akal Boleh Didakwa

COVID-19

Individu Anti-Vaksin Cuba Takutkan Orang Dengan Fakta Tak Masuk Akal Boleh Didakwa

Semakin hari semakin ramai individu tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan fahaman anti-vaksin mereka dengan hujah-hujah yang tak masuk akal.

ADVERTISEMENT

Bagi memastikan keadaan ini tidak terus diambil mudah, Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menghasut orang ramai untuk tidak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Untuk anti-vaksin, kita tidak memerlukan undang-undang baru; sebaliknya, kita boleh mengambil tindakan menggunakan yang sudah ada.

Kami mendesak masyarakat untuk tidak menyebarkan perkara provokatif yang berkaitan dengan vaksin COVID-19. Sekiranya ada yang enggan mematuhi undang-undang, pihak berwajib akan mengambil tindakan sewajarnya – bukan kerana kerajaan bersikap kasar, tetapi sebagai jalan terakhir. – Katanya.

Selain itu, isu mengenakan denda kepada mereka yang tidak hadir vaksin turut dibangkitkan. Bagaimanapun, pihak kerajaan belum membuat apa-apa keputusan kerana mengambil vaksin pada waktu ini hanyalah bersifat sukarela serta tiada paksaan.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas