Connect with us

Oh! Media

Suami Dah Lama Tinggalkan Rumah, Terkejut Balik Rumah Jumpa Rangka Anak Dan Isteri

Ohmedia suami Tinggalkan Rumah

Oh! Tidak

Suami Dah Lama Tinggalkan Rumah, Terkejut Balik Rumah Jumpa Rangka Anak Dan Isteri

Lagi kejadian di Indonesia, seorang suami menemukan rangka anak dan isteri di dalam rumah selepas bertahun-tahun tinggalkan mereka. Katanya dia hanya datang untuk ambil barang miliknya yang ada di rumah itu.

Difahamkan, lelaki yang bernama Mudjoyo Tjandara pelik kerana rumah didiami oleh anak dan isterinya berkunci seperti tiada orang di dalam.

Dari situ dia meminta bantuan orang kampung untuk memecahkan pintu rumah tersebut dan terus mencari kelibat dua beranak itu di dalam.

IKLAN
Ohmedia suami tinggalkan rumah 1

Keadaan betukar hiba apabila si suami menemukan isteri, Indah Hayati dan anak, Ella Immanuel sudah menjadi rangka di atas katil masing-masing.

Kali terakhir nampak sebelum pandemik

Kata jiran-jiran terdekat, mereka tak pernah bau yang mencurigakan dari rumah wanita itu kerana mereka menganggap dua beranak itu telah berpindah.

Yang membuatkan mereka yakin mereka tiada lagi di rumah tersebut apabila Indah meletakkan papan tanda rumah untuk dijual, tambahan pula lampu rumah itu tak menyala bila malam.

Jelas Mudjoyo, dia sudah tinggalkan rumah itu sejak 2014 dan kali terakhir berhubung dengan anaknya pada November 2018 namun tidak mengesyaki apa-apa.

Susulan itu, pihak polis sedang giat menyiasat sebab dua beranak itu meninggal dan mencari saksi kejadian.

Allahu.. Sampai dah jadi rangka dua beranak ni. Harapnya dekat Malaysia tak adalah kes macam sebegini ek.

Ohmedia suami Tinggalkan Rumah

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas