Connect with us

Oh! Media

“Sticker Besar Macam Tu Tak Nampak” – Lelaki Berkerusi Roda Kena Saman Parkir Di Petak OKU

Oh! Tidak

“Sticker Besar Macam Tu Tak Nampak” – Lelaki Berkerusi Roda Kena Saman Parkir Di Petak OKU

Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan apabila kenderaan yang diparkirnya di petak letak kereta orang kurang upaya (OKU) dikenakan tindakan saman oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat.

ADVERTISEMENT

Dalam video yang dimuat naik di TikTok, lelaki itu menunjukkan keadaan dirinya yang menggunakan kerusi roda. Di keretanya juga ada ditampal pelekat OKU menandakan dia layak untuk parkir di situ.

@roslanjajuli Saman #saman #samanparking #morib #majlisperbandaran ♬ original sound – roslanjajuli

Dia turut meluahkan rasa hairan bagaimana penguatkuasa boleh tak nampak pelekat yang ditampal di cermin depan keretanya itu.

Aku baru tahu parking di tempat OKU salah.

Aku bayor jelah tak mahal kan? RM20 je kan? RM20 aku boleh bayar, mahal-mahal aku taknak. Lain kali kau janganlah saman, takkan sticker besar-besar macam tu kau tak nampak.

Jelasnya lagi, ini merupakan kali pertama dia disaman dan akan membayar denda sebanyak RM20 tersebut.

Dia sempat berpesan supaya penguatkuasa periksa betul-betul kenderaan sebelum saman.

@roslanjajuli Batal saman #majlisperbandaran #samanparking #oku #majlisperbandarankualalangat #selangor ♬ original sound – roslanjajuli

Terbaru, lelaki ini berkata saman tersebut telah dibatalkan. Majlis perbandaran juga telah memberikan pelekat baru kepadanya.

Mengakui kesalahan sendiri kerana salah pelekat, lelaki ini memohon maaf kepada penguatkuasa kerana emosi.

Dia juga menjelaskan jumlah sebenar saman bagi kesalahan parkir adalah RM300 bukannya RM20 seperti dia difikirkan.

Kredit: TikTok @roslanjajuli

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas