Connect with us

Oh! Media

Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan Guna Bom? Ini Jawapan Menteri Besar Selangor

Stadium shah alam ohmedia

Oh! Tidak

Stadium Shah Alam Akan Dirobohkan Guna Bom? Ini Jawapan Menteri Besar Selangor

Stadium Shah Alam akan dirobohkan secara manual dan tidak akan menggunakan peledak bom. Wah! Tak sabar nak tengok rupa baru.

Menurut laporan Kosmo, perkara itu akan dilakukan secara manual agar penduduk yang tinggal di Seksyen 13 tidak terganggu dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Img 5100

Jadi, apabila buat perobohan secara manual terhadap Stadium Shah Alam dilakukan akan mengambil masa yang panjang sedikit.

Pihak yang bertanggungjawab merobohkan stadium akan menggunakan jentera berkaitan bagi kerja tersebut.

Walau bagaimanapun, tarikh bermula untuk merobohkan Stadium Shah Alam itu masih belum didedahkan lagi dan kerajaan negeri masih lagi berbincang dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengalihkan sub stesen elektrik yang terletak berhampiran stadium. Ini juga bagi memastikan bekalan elektrik di seluruh Seksyen 13 tidak terputus.

IKLAN

Saya difahamkan kerja mengalihkan sub stesen tersebut telah bermula. Tapi berapa lama masa kerja mengalihkan sub stesen selesai sepenuhnya, saya kena rujuk pihak berkaitan.

Tapi sub stesen ini memang penting untuk mengalirkan bekalan elektrik kepada penduduk Seksyen 13.

Semoga dipermudahkan kerja-kerja merobohkan stadium itu. Rasa tak sabar betul!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas