Connect with us

Oh! Tidak

Siti Bainun Nampak Kurus, Berat Badan Turun Dari 150kg Ke 90kg Undang Perhatian

Hari ini, pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan penampilan terkininya telah mengundang perhatian ramai.

Menurut laporan Sinar Harian, kalau korang lihat Siti Bainun, nampaklah yang dirinya semakin kurus. Wah! Makin sihat dan cantik.

IKLAN

Difahamkan berat badannya ketika mula menjejakkan kaki ke tirai besi adalah 150 kilogram dan kini turun kepada 90 kilogram. Banyak betul tu!

Siti Bainun kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang setelah didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom down yang dikenali sebagai Bella di sebuah kondominium Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Siti Bainun juga diarahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas