Connect with us

Oh! Media

Simptom Sama Macam Covid-19, Selsema Tomato Kini Mula Menular

Trending

Simptom Sama Macam Covid-19, Selsema Tomato Kini Mula Menular

Baru je nak reda sikit dengan penularan wabak Covid-19 dan cacar monyet, muncul pula satu penyakit yang dikatakan sudah mula menular. Pulak dah!!!

ADVERTISEMENT

BACA: Penyakit Cacar Monyet Kini Merebak Ke 15 Negara

Penyakit baru itu dikenali sebagai ‘Selsema Tomato’ kerana akan terdapat lepuh merah ke atas kulit individu yang dijangkiti dengan virus ini.

Simptom sama seperti Covid-19

Memetik laporan daripada Daily Star, walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan, ‘Selsema Tomato’ ini menunjukkan simptom yang sama seperti Covid-19 seperti demam, keletihan dan sakit badan.

Bukan itu sahaja, individu yang dijangkit juga akan merasai gejala lain seperti muntah, cirit-birit, ruam dan dehidrasi. Bahkan, mereka yang dijangkiti juga akan mengalami perubahan warna pada anggota badan.

Satu kajian dibuat Lancet Respiratory Medicine Journal mendapati bahawa selesema tomato pertama kali dikenal pasti di Kerala, India pada 6 Mei tahun ini dan sudah lebih 82 jangkitan berlaku terhadap kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah sehingga 26 Julai yang lalu.

Mereka yang dijangkiti virus itu diletakkan dalam pengasingan selama lima hingga tujuh hari.

Dalam pada itu, virus ini juga dikhuatiri boleh menjangkiti dan menular dalam kalangan orang dewasa.

Walaubagaimanapun, difahamkan penyakit ini bukanlah penyakit yang membawa maut namun, ia boleh berjangkit dan boleh merebak dari orang ke orang.

Untuk makluman, cara penyakit ini merebak masih lagi dalam kajian.

Diharapkan negara kita terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan. Cukuplah dengan penyakit yang ada ni.

Kredit: Daily Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas