Connect with us

Oh! Media

Sila Ambil Langkah Berjaga-Jaga, 6 Negeri Ini Dijangka Akan Berlaku Puting Beliung Lagi

puting beliung

Oh! Tidak

Sila Ambil Langkah Berjaga-Jaga, 6 Negeri Ini Dijangka Akan Berlaku Puting Beliung Lagi

Sebelum ini kita dikejutkan dengan kejadian puting beliun di Ipoh, Perak sehinga menyebabkan ratusan rumah mengalami kerosakan. Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan langkah berjaga-jaga kepada negeri di Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

ADVERTISEMENT

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera MetMalaysia, Ambun Dindang di mana negeri terbabit adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kita dapati kebanyakan (puting beliung) berlaku di sebelah negeri di Pantai Barat Semenanjung, selain di Sabah dan Sarawak, yang juga pernah melaporkan kejadian seumpama itu.

Kebanyakan (yang akan berlaku) di kawasan di persisiran pantai seperti Bintulu, Miri dan perairan Labuan serta Pantai Barat Sabah. Kawasan berkenaan sudah melaporkan kejadian puting beliung dan ia akan sentiasa berlaku, apabila keadaan cuaca sesuai (kehadiran awan kumulonimbus).

Punca puting beliung berlaku kerana kehadiran awan kumulonimbus yang besar

Kehadiran kumulonimbus itu akan menyebabkan perolakan kuat dalam awan, seterusnya akan membentuk corong awan di dasar. Bagaimanapun, MetMalaysia sukar untuk menjangka bila dan di mana puting beliung akan muncul kerana ia berlaku pada skala kecil dan sekejap.

Jadi, diharapkan semua yang berada di kawasan berisiko untuk sentiasa bersedia dan mencari perlindungan ketika kejadian itu berlaku.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas