Connect with us

Oh! Media

“Setepek Kena! Tak Malu Ke?” – Netizen Malu Mat Saleh Pertikai Malaysia Banyak Jalan ‘Berlubang’

mat saleh

Trending

“Setepek Kena! Tak Malu Ke?” – Netizen Malu Mat Saleh Pertikai Malaysia Banyak Jalan ‘Berlubang’

Tular video di media sosial, seorang penunggang motosikal yang merupakan mat saleh telah mempersoalkan keadaan jalan raya di Malaysia yang banyak lubang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ingat Jalan Je Berlubang..” – Netizen Kecam Signboard ‘Rongak’ Di Kelantan

Video tersebut telah dimuat naik di laman Twitter Eppy Fizul, menyaksikan seorang individu mengkritik mengenai jalan raya di Malaysia yang boleh membahayakan nyawa pengguna.

Rider Mat Saleh itu telah membandingkan jalan raya di sebuah negara terpencil, iaitu Peru dan memberitahu jalan raya tersebut jauh lebih baik dari Malaysia.

Kami menunggang motosikal bersama penunggang dari Ireland, Amerika, Ecuador dan Venezuela dan mereka ingin tahu apa yang berlaku.

Kami melalui jalan yang begitu baik di Peru dan membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana Peru, sebuah negara yang miskin, mampu mempunyai jalan yang baik sedangkan tidak ramai orang datang ke sini.

Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia tidak boleh menjaga rakyat sendiri dengan membaiki jalan berlubang. Ini perkara serius, baiki lubang jalan raya segera dan selamatkan rakyat anda.

Netizen yang menonton video tersebut juga setuju dengan kenyataannya dan meluahkan rasa malu kerana orang luar juga bersuara mengenai keburukan jalan raya di Malaysia.

Harap pihak berkuasa ambil perhatian terhadap perkara ini dan segera membaik pulih jalan-jalan yang dah berlubang. Takkan nak tunggu orang luar complain baru nak buat kerja kan? Buat malu je.

Kredit: Twitter Eppy Fizul

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas