Connect with us

Oh! Media

Caprice Dedah Seorang Lelaki Trauma Kena Raba Dalam Bas, Siap Ada Bukti Video!

Ohmedia caprice 2

Oh! Tidak

Caprice Dedah Seorang Lelaki Trauma Kena Raba Dalam Bas, Siap Ada Bukti Video!

Mangsa tak boleh tidur malam, terpaksa ambil ubat selepas kejadian diraba dalam bas.

Pempengaruh dan penyanyi rap, Caprice berkongsi aduan yang diterima daripada seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa seorang trainer berpangkat doktor ketika dalam perjalanan menaiki bas.

Mangsa mendakwa dirinya disentuh di bahagian peha dan kemaluan ketika sedang tidur sebelum tersedar dan sempat merakam video sebagai bukti.

Menurut mesej yang dihantar kepada Caprice, mangsa memohon identiti dirinya dirahsiakan atas faktor keselamatan dan trauma yang dialami.

IKLAN

“Saya tak boleh tidur malam, terpaksa makan ubat tidur”

Caprice
Sumber Instagram <a href="https://www.instagram.com/p/DKHpak5yDox/" target="_blank" rel="noopener nofollow" title="Caprice">Caprice</a>

Dalam perkongsiannya, Caprice memuat naik tangkap layar perbualan mangsa yang mendakwa terpaksa bergantung kepada ubat tidur sejak insiden itu berlaku.

Dia raba peha dan kemaluan saya, saya tidur masa tu, tapi saya tersedar dan sempat rekod video sebagai bukti. Kejadian ni buatkan saya tak boleh tidur malam.. terpaksa makan ubat tidur.

Caprice menyeru agar mana-mana individu lain yang pernah menjadi mangsa kepada pelaku sama untuk tampil ke hadapan dan membuat laporan.

Netizen simpati, tapi ada juga yang ragu

Caprice

Rata-rata netizen memberikan reaksi simpati dan sokongan terhadap keberanian mangsa tampil berkongsi pengalaman hitam tersebut.

Ada yang memuji usaha Caprice kerana menjadi platform untuk mereka yang teraniaya bersuara.

Namun begitu, terdapat juga suara sinis yang mempertikaikan kesahihan aduan tersebut.

Pssttt! Ada video bukti, mangsa pun dah tampil membuat laporan polis. Semoga mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas