Oh! Tidak
Seorang Lelaki Maut Ditetak Dalam Pergaduhan Di Sentosa, Klang Selatan
Polis kini sedang menyiasat kes tetak lelaki warga tempatan di Klang.
Suasana malam di Sentosa, Klang Selatan bertukar kecoh apabila satu pergaduhan berdarah berakhir dengan tragedi.
Lapor Harian Metro, seorang lelaki dilaporkan maut selepas ditetak dalam kejadian itu sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.
Mangsa warga tempatan maut di tempat kejadian
Kejadian itu turut mencetuskan perhatian ramai selepas beberapa gambar dan video dipercayai berkaitan insiden berkenaan tular di media sosial, memaparkan keadaan mangsa di lokasi kejadian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan pihak polis menerima laporan mengenai pergaduhan tersebut pada jam 11.10 malam.
Siasatan mendapati, kejadian membabitkan seorang mangsa warga tempatan berumur 34 tahun ditetak sehingga menyebabkan kematian.
Menurut beliau, kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan.
Polis minta orang ramai salur maklumat

Dalam perkembangan sama, pihak polis meminta orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut supaya tampil membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-6650895 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di 03-33762222.
Pssttt! Macam-macam kes berlaku di Klang ni. Diharapkan siasatan dapat membongkar apa sebenarnya berlaku.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.