Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Digelar ‘Hero’, Selamatkan Monyet Guna Bantuan CPR

cpr

Oh! Tidak

Seorang Lelaki Digelar ‘Hero’, Selamatkan Monyet Guna Bantuan CPR

Kejadian di negeri Tamil Nadu, selatan India pada 9 Disember lalu, seorang lelaki digelar hero dan mendapat pujian kerana telah menyelamatkan seekor monyet yang cedera dengan memberi bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) kepada monyet tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Trauma” – Percutian Sekeluarga Bertukar ‘Tragedi’ Gara-Gara Monyet

Menerusi video yang dirakam, lelaki yang bernama M Prabhu itu telah memberikan bantuan kepada monyet yang terbaring di atas tanah.

Monyet sedar dan bernafas selepas dapat bantuan

Menerusi laporan Kosmo, monyet tersebut berumur lapan bulan dan telah diserang oleh sekumpulan anjing liar.

Selepas beberapa minit Prabhu memberi bantuan pernafasan, monyet itu sedar dan bernafas semula dan membuatkan Prabhu sangat gembira!

Kami berada di jalan Perambalur-Ariyalur ketika keadaannya semakin teruk. Saya bimbang dengan keadaannya dan memutuskan untuk membawanya ke hospital veterinar selepas monyet itu tidak mahu minum air.

Saya bertuah kerana berada di sana tepat pada masanya dan menyelamatkan monyet  itu. – Prabhu

Monyet tersebut telah diberikan glukosa dan vaksin dan keaadaannya semakin pulih. Prabhu sangat gembira kerana dapat mempraktikkan pertolongan cemas CPR yang dia belajar pada tahun 2010.

Memang happy sangat tengok Prabhu dalam video itu lepas monyet yang diberi bantuan itu sedar! Semoga lebih ramai lagi orang seperti Prabhu di luar sana. Ini baru betul pencinta haiwan!

Kredit: Kosmo | Times Of India

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas