Connect with us

Oh! Media

Seorang Lagi Banduan Berjaya Ditangkap Cuba Larikan Kereta Waja, 5 Lagi Masih Diburu!

banduan

Trending

Seorang Lagi Banduan Berjaya Ditangkap Cuba Larikan Kereta Waja, 5 Lagi Masih Diburu!

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita 7 orang banduan berjaya meloloskan diri dari Penjara Jelebu di Kampung Petasih Tengah, Pertang. Ohmedia sebelum ini turut melaporkan seorang banduan berjaya ditangkap di kawasan kebun kelapa sawit 2 kilometer dari penjara.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Seorang Lelaki Loloskan Diri Dari Penjara Berjaya Ditahan, Enam Lagi Masih Diburu

Terkini, pihak polis melaporkan berjaya menahan seorang lagi banduan yang dikenali sebagai Mohd Zairizan Zainal, 42 tahun pada jam 5.15 pagi tadi. Banduan ini dilaporkan sedang menunggu perbicaraan bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pecah masuk rumah orang kampung dan larikan kereta

Ketua Polis Daerah Jelebu, Maslan Udin berkata banduan terbabit telah memecah masuk sebuah rumah Kampung Petasih dan cuba melarikan sebuah kereta Proton Waja. Cubaannya bagaimanapun gagal selepas berjaya dihalang dan ditangkap orang kampung dan polis.

Menerusi tangkapan lelaki berasal dari Jasin, Melaka itu menjadikan keseluruhan dua daripada tujuh lelaki yang melarikan diri dari penjara semalam berjaya ditahan.

Polis sekarang sedang giat mengesan baki 5 lagi banduan dan percaya mereka masih ada di daerah ini. Semua banduan ini dikenali sebagai Muhammad Syafiq Rohmat, 32; Shazuan Md Sharif, 32; Mazlan Samah, 39; Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai, Zainuddin, 62.

Jika korang memiliki sebarang maklumat tentang banduan yang terlepas boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau pegawai penyiasat Insp Zuria Anis Mahassan di talian 016-6096996.

Kredit: MalaysiaGazette

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas