Connect with us

Oh! Media

Semua Benda Nak Kecam! Ini Sebab Mengapa Lelaki Rakam Tapi Tak Dapat Bantu

bantu

Trending

Semua Benda Nak Kecam! Ini Sebab Mengapa Lelaki Rakam Tapi Tak Dapat Bantu

Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini menunjukkan situasi sukar dihadapi seorang penunggang motosikal wanita.

ADVERTISEMENT

Menerusi rakaman itu, wanita terbabit dilihat terkandas dalam hujan lebat di persimpangan lampu isyarat disebabkan motornya tidak boleh dihidupkan.

Video berkenaan dirakamkan oleh pengguna jalan raya dengan kapsyen sedih kerana dia akui teringatkan isterinya yang juga menunggang motosikal ke tempat kerja.

Dalam hujan lebat, kesian kakak ni. Motor tak hidup. Teringat isteri aku, kerja pun pakai motor.”

Perkongsian lelaki itu bagaimanapun mendapat kecaman segelintir netizen kerana hanya ‘duduk’ di dalam kenderaannya tanpa menghulurkan bantuan.

Ramai mengkritiknya kerana tidak menolong tetapi hanya mengambil handphone untuk merekod situasi tersebut demi content.

Yang rakam video ni tak boleh tolong ke??”

@rd_hairiey2 orang umah aku pom pernah kena macam ni.rakyat malaysia ramai #baikhati ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Bagaimanapun, lelaki itu mempunyai sebab tersendiri kenapa dia tidak dapat membantu wanita berkenaan. Menerusi ruangan komen, ramai yang turut menyebelahinya dan berkata dia sebenarnya merupakan pemandu lori.

Menurut mereka, situasi akan menjadi lebih sukar jika dia turun untuk membantu dan lori dipandunya terhenti di tengah jalan akan menyebabkan jalan sesak.

Dia juga telah menjelaskan bahawa seorang wanita berbangsa Cina telah menghulurkan bantuan dengan memberikan payung untuk berlindung daripada hujan.

Beberapa individu juga turut mendedahkan bahawa wanita itu sebenarnya telah kehabisan minyak motor dan telah mendapat bantuan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas