Connect with us

Oh! Media

Selepas Kilang Belacan Dan Tauhu, Kilang Fucuk Pula Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor

kilang fucuk

Trending

Selepas Kilang Belacan Dan Tauhu, Kilang Fucuk Pula Diarah Tutup Kerana Terlampau Kotor

Menjijikkan! Itulah yang boleh digambarkan apabila sebuah kilang pemprosesan fucuk di Simpang Ampat, Seberang Perai dipenuhi najis tikus, lipas dan lalat. Selain itu, terdapat juga lebih lima ekor anjing berkeliaran di kawasan luar premis.

ADVERTISEMENT

BACA: Pekerja Pijak Belacan Semasa Menjemur, Kilang Diarah Tutup 2 Minggu

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid berkata, ketika operasi dijalankan, seorang lelaki warganegara Myanmar dipercayai satu-satunya pekerja telah melarikan diri.

Beliau difahamkan bahawa produk akan dijual ke negeri selatan tanah air, namun kalau diikutkan, agak mustahil jika ianya tidak dijual di sini.

Dari sudut kebersihan, memang tempat ini amat membimbangkan kerana fucuk yang dibuat di sini berisiko menghasilkan kontaminasi silang yang boleh membahayakan pengguna.

Katanya, kilang didapati beroperasi tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Tiga tahun lalu, kilang ini juga pernah diserbu atas kesalahan sama.

Berikutan itu, arahan penutupan premis maksimum 14 hari telah dikeluarkan mengikut Notis Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

Kementerian Kesihatan mengenakan tiga kompaun berjumlah RM5,500 di atas kesalahan tiada pelabelan makanan, tidak berdaftar bawah kementerian dan beroperasi tanpa kebenaran.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) pula mengeluarkan kompaun sebanyak RM500 kerana berniaga tanpa lesen.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas