Connect with us

Oh! Media

Selepas Dua Minggu Dilaporkan Hilang, Tulang Dan Rangka Mak Cik Senah Kini Ditemui

Trending

Selepas Dua Minggu Dilaporkan Hilang, Tulang Dan Rangka Mak Cik Senah Kini Ditemui

Teka-teki mengenai kehilangan seorang wanita warga emas sejak dua minggu lalu terjawab selepas tulang dan rangkanya ditemui di sebuah ladang kelapa sawit terletak di FELDA Sungai Kelamah, Tampin.

ADVERTISEMENT

BACA: Penemuan Mayat Wanita Tidak Berseluar Di Perangkap Sampah Kunci Air

Berita Harian melaporkan bahawa tulang dan rangka mangsa, Aliah Omar, 74, atau lebih dikenali Mak Cik Senah itu ditemukan orang awam yang ketika itu sedang mengembala lembu di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, identiti tulang serta rangka manusia yang sudah reput itu dipercayai merupakan mayat Mak Cik Senah selepas anak mangsa membuat pengecaman melalui pakaian yang dipakai warga emas berkenaan.

Tulang dan rangka berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Untuk info, Mak Cik Senah menimbulkan kegusaran anak bongsunya Che Roshidee Che Harun, 32, selepas hilang setelah hampir dua minggu.

Kehilangan Mak Cik Senah itu disedari pada 7 Disember lalu selepas sarapan pagi dibawa ke rumah ibunya itu tidak terusik.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas