Connect with us

Oh! Media

Selepas Dipanggil Jawi, Ira Kazar Didakwa Akan Ditahan Pula

Trending

Selepas Dipanggil Jawi, Ira Kazar Didakwa Akan Ditahan Pula

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) baru-baru ini dilaporkan telah memanggil Ira Kazar untuk membantu siasatan kes yang difailkan Puteri Sarah Liyana.

ADVERTISEMENT

18 Ogos lalu, Puteri Sarah menfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

BACA: Ira Kazar Akhirnya Dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Dalam perkembangan terbaru, sumber Harian Metro melaporkan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi itu akan ditahan JAWI. Tindakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu siasatan.

Difahamkan, wanita berumur 27 tahun ini disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 berkaitan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Perbuatan mana-mana orang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah suatu kesalahan.

Bagaimanapun, Harian Metro gagal mendapatkan kenyataan susulan daripada pihak JAWI berhubung kes ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas