Connect with us

Oh! Media

Selepas 18 Bulan Memburu, Lelaki Ini Temui Batu Meteorit Didakwa Bernilai Lebih RM500k

batu meteorit

Trending

Selepas 18 Bulan Memburu, Lelaki Ini Temui Batu Meteorit Didakwa Bernilai Lebih RM500k

Toney Whilding, seorang lelaki dari bandar Wrexham, Wales Britain telah menemui seketul batu meteorit dengan berat 1.02 kilogram yang didakwa mencecah harga sehingga £100,000 iaitu RM546,899.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Fenomena Hujan Batu Di Rantau Panjang, Penduduk Teruja Kongsi Pengalaman

Menerusi laporan Kosmo, selepas 18 bulan memburu, akhirnya Tony jumpa batu tersebut di sebuah ladang.

Bebola api menembusi rumah

batu meteorit

Menurut Tony, pencarian batu ini bermula apabila ada sebiji bebola api menembusi rumahnya dan hilang.

Saya berada di taman belakang rumah sambil menghisap rokok pada tengah malam apabila melihat langit menyala di atas kepala. Saya mendongak lalu melihat bebola api terbang rendah dengan dua jejak asap yang berpusar. 

Ia menjadi lebih terang apabila menghampiri rumah saya kira-kira dua kali ganda ketinggiannya. Ia sangat rendah, jika anda tendang bola ke udara, ia akan mencapainya. 

Meteorit yang melintasi rumah Tony itu hilang dalam beberapa saat dan hanya meninggalkan asap. Selepas menemui batu itu, Tony mahu bawa batu itu kepada pakar untuk menentukan nilainya.

Kalaulah betul harga yang didakwa itu, sungguh beruntung Tony! 18 bulan pencariannya tak sia-sia la kan?

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas