Connect with us

Oh! Media

Selangor Tiada Air Lagi? 188 Kawasan Hulu Selangor Dijangka Terjejas Selama Tiga Hari

Trending

Selangor Tiada Air Lagi? 188 Kawasan Hulu Selangor Dijangka Terjejas Selama Tiga Hari

Setiap tahun, rakyat di Selangor pasti akan menghadapi masalah gangguan bekalan air selama beberapa hari ekoran daripada kerja-kerja penambahbaikan yang dijalankan.

ADVERTISEMENT

BACA: Gangguan Air Dijangka Bakal Berlaku, Libatkan 463 Kawasan Di Selangor

Terbaru, Air Selangor memuat naik satu kenyataan di laman Facebook rasmi mereka memaklumkan mengenai kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Lojo Rawatan Air Sungai Rasa.

Susulan dengan itu, syarikat air berkenaan mengeluarkan notis memaklumkan beberapa kawasan bakal menghadapi masalah gangguan bekalan air berjadual ekorang daripada kerja-kerja penambahbaikan tersebut.

Gangguan bekalan air berjadual dijangka akan berlaku di 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula jam 9:00 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 1:00 pagi, 11 Ogos 2022.

Dinasihatkan agar penduduk setempat yang bakal terlibat dengan gnagguna bekalan air ini untuk membuat persediaan dengan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah.

Kredit: Facebook Air Selangor

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas