Connect with us

Oh! Media

Selangor Beri Bantuan Khas Kewangan Sebanyak Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,000

Penjawat awam

Trending

Selangor Beri Bantuan Khas Kewangan Sebanyak Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM1,000

Berita baik buat penjawat awam! Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfiti akan diberikan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam. Untunglah..

ADVERTISEMENT

BACA : Umat Islam Perlu Hati-Hati Pilih Bufet Ramadhan, Hanya 31 Hotel Ada Sijil Halal Di Selangor

Menurut laporan Harian Metro, perkara ini dibuat untuk menghargai usaha dan komitmen bagi semua penjawat awam dalam negeri yang tidak kenal erti lenat lelah dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Pemberian BKK ini membabitkan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM39.15 juta yang akan dibayar pada 27 April ini.

Bukan tu jer, pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi MPKK; Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS) juga telah dipersetujui untuk mendapatkan bantuan sebanyak RM1,000 yang dinamakan Insentif Rahmah Ramadan Selangor.

Kerajaan negeri juga bersetuju agar Insentif Rahmah Ramadan Selangor sejumlah RM500 diberikan kepada penggerak masjid (Nazir, Imam, Siak dan Bilal) atas dedikasi pengimarahan institusi masjid sepanjang Ramadan ini.

Terbaik betul kerajaan Selangor! Apapun, raya tahun ini agak seronok sikit sebab kita diizinkan oleh kerajaan untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga, Alhamdulillah..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas